Monday 28 May 2012

Syurga Dibawah Tapak Kaki Ibu ? BETUL ke ?


bismillahirrahmanirrahim ~

Assalammualikum dan Salam sejahtera  :)


"Syurga berada dibawah telapak kaum ibu. Barangsiapa dikehendakinya maka dimasukkannya, dan barangsiapa dikehendaki maka dikeluarkan darinya."

STATUS HADIS :  maudhu' (palsu). Telah diriwayatkan oleh Ibnu Adi (I/325) &  juga oleh al-Uqaili dalam adh-Dhu'afa ngan sanad dari Musa bin Muhammad bin Atha', dari Abul Malih, dari Maimun, dari Abdullah Ibnu Abbas r.a. Kemudian al-Uqaili mengatakan bahwa hadis ini mungkar.

Bahagian pertama dari riwayat tersebut mempunyai sanad lain, namun majoriti rijal sanadnya MAJHUL. Untuk mengetahui makna yang shahih dari kandungan makna hadis tersebut, aku kira cukuplah ngan riwayat shahih yg dikeluarkan oleh Imam Nasa'i dan Thabrani ngan sanad hasan. seperti : 

kisah seorg yg datang menghadap Rasulullah SAW meminta izin untuk ikut berjihad bersama Baginda SAW, maka baginda bertanya, "Adakah engkau masih mempunyai ibu?" Org itu menjawab, "Ya, masih." Bagindapun kemudian brsabda, "Baik-baiklah dlm bergaul dengannya, kerane sesungguhnya syurga itu berada dibawah kedua kakinya."

Tentu korang pelik kenapa aku tulis entry yg cam ni kn ??? BUKANLAH hendak menyuruh kita semua tidak hormat atau hentikan berbakti kepada ibu kita, tetapi ia cuma satu makluman terdapat banyaknya hadis-hadis berstatus maudhu' (palsu) yang berlegar dan sebati dengan kita.Kita memang dituntut berbuat baik kepada ibubapa, banyak dalilnya yang dapat kita lihat daripada al-Quran sendiri, tidak hanya yang dipelajari daripada hadis-hadis Nabi. Cuma pada pendapat aku, syurga itu amat amat amat tinggi darjatnya, agak tidak sesuai dikatakan terletak bawah tapak kaki tidak kiralah kaki ibu apetah lagi kaki suami .. hehe :P

Mungkin orang2 dulu menyatakan syurga itu dikatakan terletak di bawah tapak kaki para ibu cos ada diterangkan melalui hadis yg diriwayatkan dari Ibn 'Abbas dan Anas r.a. Ada juga yang mengatakan sanad hadis ini dikatakan sebagai dhaif dan hasan. Sebab apa syurga dikatakan terletak di bawah tapak kaki ibu? Mungkin ia adalah PERUMPAMAAN yg menunjukkan betapa 
agong & tingginya darjat seorang yg bergelar ibu.


Pada zaman Rasulullah SAW, baginda ditanya oleh seorg pemuda, “Siapakah org yg paling perlu untuk saya berbuat baik?” Rasulullah menjawab, “Ibumu.” Bertanya pemuda itu lg, “Selepas itu?” Rasulullah menjawap, “Ibumu. Selepas itu, ibumu, selepas itu, bapamu.” Ada juga pendapat mengatakan 2/3 drpd khidmat bakti ank adalah untuk ibu & hanya 1/3 untuk bapa. Terutama apabila ibu sudah lanjut usia. Sabda Rasulullah SAW yg maksudnya, “Redha Allah bergantung pada redha kedua ibu bapa & murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.” (Hadis riwayat al-Hakim)

apepon .. cubelah kite elakkan drpd mengungkapkan 'syurga di tapak kaki' ~ sebab ta bape sedap benar rasanya telinga kite mendengarnya & ta bape sedap juga mata kite membacenye :)

renungan untuk semua :)

YA ALLAH, AKU BERLINDUNG KEPADAMU DARIPADA PERASAAN SEDIH DAN DUKACITAAKU BERLINDUNG KEPADAMU DARIPADA HASUTAN SYAITAN DAN DUNIA, AKU BERLINDUNG KEPADAMU DARIPADA LEMAH DAN MALASAKU BERLINDUNG KEPADAMU DARIPADA BAHKIL DAN PENAKUT DAN AKU BERLINDUNG KEPADAMU DARIPADA BEBAN HUTANG DAN TEKANAN PERASAAN.”